Thursday, June 10, 2010

Kem Khassah Di Gunung Jerai 2010


15-17 Mei yang lepas, Marhalah khassah 1 dan 2 sesi tahun 2010 telah menyertai Kem Asas Rekreasi yang bertempat di Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. Kem ini sebenarnya kem Khassah bagi setiap tahun cuma nama kem akan ditukar untuk setiap tahun.

Kem kali ini sedikit sebanyak mendedahkan peserta kepada pelbagai info dan maklumat. Program-program yang berguna seperti mendaki Gunung Jerai sambil memikul 10kg bebanan, slot bersama cikgu Azmi Bahari berkaitan kehidupan, keimanan dan dakwah, juga slot bersama sir Abduh mengenai Asas Rekreasi, serta slot bersama ustaz Hadi berkaitan dengan qadhiyah islamiyah dan dakwah masa kini. Slot bersama ustaz Yazib juga tidak terkecuali.

Di samping itu, para pelajar juga didedahkan dengan Martial Art iaitu Seni Pertahanan Diri oleh cikgu Azmi Bahari. Dan macam-macam lagi. Ada yang melalui kem ini dengan keseronokan, ada yang penuh kemuraman, dan perasaan yang berbagai. Jika ditanya kepada pelajar Malaysia dan Indonesia, majoritinya berasa senang dan seronok menjalani setiap program di Kem Khassah ini.

Sedikit gambar untuk tontonan:


Zulkifli Kemboja (kiri), bersama ketua Majlis Tribunal Hukuman, Muhsin (kanan)


Selesai diagihkan barang2 utk setiap team


Qawiem Khairi(kiri), Fathi(kanan), Salem(blkg kiri), dan Muhsin(blkg Kanan)


Bersama sungai Air Mineral yang indah baik punya


Berada di puncak batu serendah-rendahnya...hehehe


Naik Ke puncak pada pukul 4.50 pagi


Gembira dan ada yang ngantuk... boleh tgk muka sape yg ngantok...


Ustaz Yazib memberi penyampaian tazkirah peringatan mengenai hari Kiamat

Khassah satu dan khassah 2 di Telaga Tok Syeikh... Syeikh Ibrahim ka?



Mustafa pandang posing... yang capture ni mesti pro-cameraman


Di atas Batu Bukit


Cikgu Azmi dengan gayanya yang tersendiri


NO comment bro.... hehe


Fathi guna taktik baik punya nk tumpang lori turun gunung jerai... tapi x berkesan...


Seorang lagi ni sempoi je nk turun gunung jerai.. upe2nye taktik nk naik lori gak... tgk berkesan ke x?


Masya-Allah... berkesan lak taktik dia... yg lain pun turut tumpang sekaki...


Syafiq o pun nak gak naik lori.... siap lari nk tahan... malang sekali x dapat.


Begitulah sedikit-sebanyak perkongsian dan gambar di gunung Jerai...

1 comment: