Tuesday, August 4, 2009

Outbound Gunung Jerai


Pada 25 dan 26 Julai 2009. Kami khassah 1 satu telah menyertai satu ekspidisi mendaki dan berjalan menaiki Gunung Jerai anjuran Haluan siswa zon utara(HASIZU) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kami dari MATRI yang turut serta adalah sebanyak 3 orang pelajar sahabat dan 5 orang pelajar sahibah malah turut sama bersama kami, Abang Ali Irfan bin Jamaluddin dan Cikgu Azmi bin Bahari serta anaknya. Seperti yang ditetapkan, kami tiba di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin seawal jam 7:30 pagi dan menunggu bas untuk bergerak ke Gunung jerai.



Objektif kami ke Gunung Jerai ialah menjalinkan hubungan Silaturahim antara kami dengan Mahasiswa-Mahasiswa daripada pelbagai IPT. Di antara IPT yang terlibat ialah Kolej Universiti Insaniah(KUIN), Universiti Malaysia Pahang(UMP) dan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dan lain-lain lagi IPT (Yang lain tidak disebut). Ekspidisi kali ini bertemakan “Jadikanlah hidupmu semanis coklat”. Kenapa coklat? entahlah,yang penting coklat memang manis seperti coklat manis yang lain.


Hari Pertama (25 Julai 2009)


Setelah sampai ke pekarangan Gunung Jerai, semua peserta berkumpul dan bersarapan pagi, kami pun melakukan “stretching” untuk melonggarkan segala otot-otot badan kami. Paling seronok ialah cikgu Azmi telah memperkenalkan kepada kami satu senaman yang tidak pernah kami lihat, malah tak pernah terlintas pun di fikiran kami wujudnya senaman seperti itu.



Menurut cikgu Azmi, “senaman ini sangat berkesan untuk melakukan aktiviti seperti panjat gunung dan aktiviti berat dan mencabar yang lain. Ia juga seakan-akan senaman Tai chi”. Semasa melakukan senaman tu macam-macam perasaan ada,nak patah pinggang,tak sedap perut(lepas makan katakan)dan macam lagi.Sahibah? Tidak tahulah macam mana pula dengan mereka.



Kemudian kami pun memulakan pendakian Gunung Jerai. Pendakian yang sungguh mencabar, dengan kecuraman jalan ke puncak sebanyak 40 degree ,Setiap peserta dikehendaki berjalan kaki sejauh lebih 10 kilometer untuk sampai ke puncak.Dan perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 jam lebih. Bagi yang kuat,laju dan cergas seperti kami(sahabat) adalah perkara yang mudah. Sepanjang perjalanan itu,kami sangka boleh bertaaruf sehabisnya dengan peserta lain. Tetapi, ramai yang tidak larat untuk berbual kerana keletihan.



Setelah beberapa lama berjalan, kami berhenti di beberapa check point dan di situ terdapat pengisian oleh cikgu Azmi bin Bahari,dan Ustaz Syarehan. Semua peserta telah kepenatan yang teramat sangat kerana mendaki gunung jerai selama berjam-jam. Dalam slotnya cikgu azmi telah menyebut “ realiti seorang dai'e adalah sepertimana yang sedang kita lakukan sekarang. Kita bersusah payah untuk menggapai puncak gunung. Kita perlu mengorbankan tenaga yang begitu banyak. Tetapi umat sekarang sedang menuju kehancuran dengan begitu mudah ibarat menuruni gunung” . Begitulah hakikat kehidupan seorang da’ei. Perjalanannya dipenuhi ujian dan liku-liku berduri.



Setelah mendapat suntikan semangat dan kata-kata nasihat daripada cikgu azmi dan ustaz syarehan. Kami pun meneruskan pendakian yang masih jauh berbaki. Memang benar apa yang dikatakan cikgu azmi”kerja dakwah ini umpama menggenggam bara api,ramai manusia yang tewas dalam membawa kerja dakwah ini.Ada yang terus hanyut dalam kemewahan dan tipu daya dunia,ada juga yang bangkit meneruskan kerja-kerja dakwah ini dan akhirnya berjaya.



Sesungguhnya pendakian kali ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami selain dapat bertaaruf dengan pelajar IPT. Akhirnya kami sampai ke puncak gunung jerai. Alhamdulillah,di puncak kami dapat menikmati udara segar dari gunung, air akar kayu yang sangat sejuk dan pemandangan yang amat indah. Di situlah program sebenar bermula.hahahaha



Apa yang seronoknya ialah ada diantara kami yang dapat bertemu dengan kawan lama yang terpisah sejak dari darjah 5,iaitu fahmi bin fuad. Setelah terpisah bertahun-tahun lamanya, dalam ekpidisi ini Allah susun dapat bertemu semula dengannya. Begitu juga dengan qawim dan Afdholul.masing-masing dapat bertemu dengan kawan lama seperti bekas senior matri iaitu Helmi dan saiful islam,dan ramai lagi.


Hari Kedua (26 Julai 2009)

Seperti baru keluar dari peti ais. Ini yang boleh digambarkan apabila kami bangun di waktu subuh. Hinggakan menyentuh air pada pagi itu untuk berwuduk dirasakan sebagai salah satu ujian paling getir sepanjang ekspidisi ini berlansung. Seusai solat subuh...



be continued...