Wednesday, November 25, 2009

Program Jati Diri Insan, MATRI 09



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita peluang meneruskan kehidupan kita berlandaskan kepada sistemNya. Tidak lupa juga selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW, Rasul Dakwah dan Rasul Tarbiyah kerana dengan pengorbanan baginda, diri kita dapat merasai nikmat keimanan dan Islam itu terutamanya.

Pertama sekali, kami dari pihak Marhallah Khassah 1 tahun 2009 ingin meminta jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak meng-update blog kami ini. Mungkin kerana kesibukan kami dan terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan perkara ini berlaku. Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha untuk meng-update blog ini sedaya-upaya kami, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan saudara semua, baru-baru ini Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah ataupun dengan nama singkatannya iaitu MATRI telah melancar dan melaksanakan sebuah aktiviti program. Program tersebut ialah Program Jati Diri Insan. Sebenarnya pada tahun ini, peperiksaan tahunan MATRI adalah mengikut jadual lembaga peperiksaan. Dan masa yang diperuntukkan habis 2 minggu awal sebelum cuti. Oleh yang demikian Al-Fadhil Ustaz Dahlan bin Mohd Zain mencadangkan supaya program ini dilaksanakan bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, dan 4. Manakala Khassah 1 dan Khassah 2 sebagai urusetia.

Kami tidak akan cerita secara detail, tetapi kami akan selitkan di sini video mengenai program tersebut dan kronologi program ini.


Tuesday, August 4, 2009

Outbound Gunung Jerai


Pada 25 dan 26 Julai 2009. Kami khassah 1 satu telah menyertai satu ekspidisi mendaki dan berjalan menaiki Gunung Jerai anjuran Haluan siswa zon utara(HASIZU) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kami dari MATRI yang turut serta adalah sebanyak 3 orang pelajar sahabat dan 5 orang pelajar sahibah malah turut sama bersama kami, Abang Ali Irfan bin Jamaluddin dan Cikgu Azmi bin Bahari serta anaknya. Seperti yang ditetapkan, kami tiba di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin seawal jam 7:30 pagi dan menunggu bas untuk bergerak ke Gunung jerai.



Objektif kami ke Gunung Jerai ialah menjalinkan hubungan Silaturahim antara kami dengan Mahasiswa-Mahasiswa daripada pelbagai IPT. Di antara IPT yang terlibat ialah Kolej Universiti Insaniah(KUIN), Universiti Malaysia Pahang(UMP) dan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dan lain-lain lagi IPT (Yang lain tidak disebut). Ekspidisi kali ini bertemakan “Jadikanlah hidupmu semanis coklat”. Kenapa coklat? entahlah,yang penting coklat memang manis seperti coklat manis yang lain.


Hari Pertama (25 Julai 2009)


Setelah sampai ke pekarangan Gunung Jerai, semua peserta berkumpul dan bersarapan pagi, kami pun melakukan “stretching” untuk melonggarkan segala otot-otot badan kami. Paling seronok ialah cikgu Azmi telah memperkenalkan kepada kami satu senaman yang tidak pernah kami lihat, malah tak pernah terlintas pun di fikiran kami wujudnya senaman seperti itu.



Menurut cikgu Azmi, “senaman ini sangat berkesan untuk melakukan aktiviti seperti panjat gunung dan aktiviti berat dan mencabar yang lain. Ia juga seakan-akan senaman Tai chi”. Semasa melakukan senaman tu macam-macam perasaan ada,nak patah pinggang,tak sedap perut(lepas makan katakan)dan macam lagi.Sahibah? Tidak tahulah macam mana pula dengan mereka.



Kemudian kami pun memulakan pendakian Gunung Jerai. Pendakian yang sungguh mencabar, dengan kecuraman jalan ke puncak sebanyak 40 degree ,Setiap peserta dikehendaki berjalan kaki sejauh lebih 10 kilometer untuk sampai ke puncak.Dan perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 jam lebih. Bagi yang kuat,laju dan cergas seperti kami(sahabat) adalah perkara yang mudah. Sepanjang perjalanan itu,kami sangka boleh bertaaruf sehabisnya dengan peserta lain. Tetapi, ramai yang tidak larat untuk berbual kerana keletihan.



Setelah beberapa lama berjalan, kami berhenti di beberapa check point dan di situ terdapat pengisian oleh cikgu Azmi bin Bahari,dan Ustaz Syarehan. Semua peserta telah kepenatan yang teramat sangat kerana mendaki gunung jerai selama berjam-jam. Dalam slotnya cikgu azmi telah menyebut “ realiti seorang dai'e adalah sepertimana yang sedang kita lakukan sekarang. Kita bersusah payah untuk menggapai puncak gunung. Kita perlu mengorbankan tenaga yang begitu banyak. Tetapi umat sekarang sedang menuju kehancuran dengan begitu mudah ibarat menuruni gunung” . Begitulah hakikat kehidupan seorang da’ei. Perjalanannya dipenuhi ujian dan liku-liku berduri.



Setelah mendapat suntikan semangat dan kata-kata nasihat daripada cikgu azmi dan ustaz syarehan. Kami pun meneruskan pendakian yang masih jauh berbaki. Memang benar apa yang dikatakan cikgu azmi”kerja dakwah ini umpama menggenggam bara api,ramai manusia yang tewas dalam membawa kerja dakwah ini.Ada yang terus hanyut dalam kemewahan dan tipu daya dunia,ada juga yang bangkit meneruskan kerja-kerja dakwah ini dan akhirnya berjaya.



Sesungguhnya pendakian kali ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada kami selain dapat bertaaruf dengan pelajar IPT. Akhirnya kami sampai ke puncak gunung jerai. Alhamdulillah,di puncak kami dapat menikmati udara segar dari gunung, air akar kayu yang sangat sejuk dan pemandangan yang amat indah. Di situlah program sebenar bermula.hahahaha



Apa yang seronoknya ialah ada diantara kami yang dapat bertemu dengan kawan lama yang terpisah sejak dari darjah 5,iaitu fahmi bin fuad. Setelah terpisah bertahun-tahun lamanya, dalam ekpidisi ini Allah susun dapat bertemu semula dengannya. Begitu juga dengan qawim dan Afdholul.masing-masing dapat bertemu dengan kawan lama seperti bekas senior matri iaitu Helmi dan saiful islam,dan ramai lagi.


Hari Kedua (26 Julai 2009)

Seperti baru keluar dari peti ais. Ini yang boleh digambarkan apabila kami bangun di waktu subuh. Hinggakan menyentuh air pada pagi itu untuk berwuduk dirasakan sebagai salah satu ujian paling getir sepanjang ekspidisi ini berlansung. Seusai solat subuh...



be continued...





Friday, July 24, 2009

Khassah 1 tahun 2009


Assalamulaikum warahmatullah, pertama kalinya kami Khassah 1 ingin mengucapkan selamat datang ke blog kami . Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberitahu kepada umum mengenai perkembangan terkini kami [khassah] di utara buat sahabat2 semua.

Segala yang akan kami coretkan di laman ini semuanya berkaitan khassah 1 tahun 2009 sahaja, dan tiada tokok tambah,semuanya berdasarkan kisah benar. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Blog ini ialah coretan kami sebagai sosok yang bergelar "Pak Long". Kenapa Pak Long???. Sebab kami lah yang paling senior di Matri.

Cuba lihat dibahagian atas skrin anda. Bahagian URL laman Blog ini. "shbmakein.blogspot.com.". Pastinya anda tertanya-tanya apakah yang tersirat disebalik kalimah keramat ini. Shb adalah singkatan untuk perkataan sahabat yakni pelajar putera marhalah khassah.

Makein???. Makein pula memberi erti tiga negara nusantara iaitu MALAYSIA , KEMBOJA dan INDONESIA. Dan hasil akhirnya yang kami dapat setelah berbincang ialah "shbmakein"yang bermakna himpunan pelajar-pelajar putera ketiga-tiga negara nusantara tadi didalam institusi antarabangsa kami yang dinamakan "Marhalah Khassah al-Husein".

Setiap post yang akan dipaparkan di dalam blog adalah sedikit perkongsian kami tentang liku hidup kami menempuh perjalan kami baik suka atau duka , manis atau pahit , tangis atau tawa. Yang pastinya, kisah kami tidak akan sama dengan sahabat-sahabat yang ada di IPT luar. Kita masing-masing ada waqi' tersendiri. Acap kali kita mendengar kisah-kisah di IPT yang sahabat kita hadapi. Mari pula kita sama layari kisah kami selaku "Pak Long" di Matri.




Yang Benar,
Pelajar Marhalah Khassah1 09,

Universiti Khassah Matri (UKM),

Beseri, Perlis.