Wednesday, November 25, 2009

Program Jati Diri Insan, MATRI 09



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita peluang meneruskan kehidupan kita berlandaskan kepada sistemNya. Tidak lupa juga selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW, Rasul Dakwah dan Rasul Tarbiyah kerana dengan pengorbanan baginda, diri kita dapat merasai nikmat keimanan dan Islam itu terutamanya.

Pertama sekali, kami dari pihak Marhallah Khassah 1 tahun 2009 ingin meminta jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak meng-update blog kami ini. Mungkin kerana kesibukan kami dan terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan perkara ini berlaku. Walaubagaimanapun, kami tetap akan berusaha untuk meng-update blog ini sedaya-upaya kami, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan saudara semua, baru-baru ini Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah ataupun dengan nama singkatannya iaitu MATRI telah melancar dan melaksanakan sebuah aktiviti program. Program tersebut ialah Program Jati Diri Insan. Sebenarnya pada tahun ini, peperiksaan tahunan MATRI adalah mengikut jadual lembaga peperiksaan. Dan masa yang diperuntukkan habis 2 minggu awal sebelum cuti. Oleh yang demikian Al-Fadhil Ustaz Dahlan bin Mohd Zain mencadangkan supaya program ini dilaksanakan bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, dan 4. Manakala Khassah 1 dan Khassah 2 sebagai urusetia.

Kami tidak akan cerita secara detail, tetapi kami akan selitkan di sini video mengenai program tersebut dan kronologi program ini.


No comments:

Post a Comment